![]() Kelab Sukan Powerboat F3000 ini didaftarkan sebagai badan sukan di bawah seksyen 17 Akta Pembangunan Sukan 1997 dan disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan.
Alamat Berdaftar : C-08-6 Menara Komanwel C, Vista Komanwel, Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur, Malaysia.
Alamat E-mail : KelabSukan@PowerboatF3000.com.my
Objektif Kelab Sukan Powerboat F3000 :
a) Untuk merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sukan
Powerboat di kalangan ahli-ahli;
b) Untuk mempromosi, menggalak dan membangunkan sukan Powerboat di peringkat
Kelab; dan
c) Untuk memilih atlet bagi mewakili Kelab dalam mana-mana pertandingan sukan
Powerboat.
Ahli-Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan Powerboat F3000 : i) Presiden : Robert Fernandez ii) Timbalan Presiden : Mohammad Bin Abdullah (Awang) iii) Setiausaha : Mohd Glenn Abdullah iv) Bendahari : Kane Fernandez v) AJK : Mohd Haniff Bin Borhan vi) AJK : Mohd Osman Bin Mohammad vii) AJK : Mohd Ezzat viii) AJK : Nor Azmi Bin Sulong
Yuran Keahlian adalah seperti berikut:
Mereka yang ingin menjadi ahi bolehlah menghantar e-mail kepada alamat e-mail di
atas bagi mendapatkan borang keahlian.
Bagi menolong mencapai objektif Kelab seperti yang tertera di atas, Kelab Sukan Powerboat F3000 telah melantik Aquatech Marine Sdn Bhd sebagai Promoter dan Penganjur (Organizer) yang diiktiraf bagi Sukan Powerboat F3000 ini.
Untuk mengetahui lebih banyak mengenai Powerboat F3000, sila klik pada pautan-pautan berikut :- Pengenalan kepada Powerboat F3000 Bagaimana untuk menyertai perlumbaan Powerboat F3000
Memang fakta yang tidak dapat dinafikan adalah Sukan Powerboat F3000 memakan perbelanjaan yang tinggi (walaupun jauh lebih rendah berbanding dengan F1 ataupun F2). Peminat-peminat yang ingin menceburi sukan ini sebagai pelumba haruslah sanggup dan bersedia berbelanja sejumlah wang yang agak tinggi sebagai permulaan iaitu untuk membeli sebuah bot, menjalani latihan, kos-kos penyelenggaraan dan sebagainya.
Bagi peminat-peminat yang belum bersedia untuk berbelanja sejumlah wang ini, tetapi tetap berminat untuk mengenali Sukan Powerboat F3000 dengan lebih dekat, mereka boleh menawarkan dan menyumbangkan masa dan tenaga untuk berkhidmat dalam aspek lain sukan ini seperti sebagai krew, mekanik enjin, jurukamera/video, juruhebah/juruacara, pengendali bot atau juruselam penyelamat, penolong pentadbir acara, dan lain-lain yang sesuai dengan bakat atau kebolehan masing-masing.
Kelab Sukan Powerboat F3000 memang berharap untuk bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan untuk mengadakan program latihan pengenalan Powerboat, terutama bagi golongan-golongan muda. Pihak Kelab akan cuba untuk mencadangkan mereka yang pernah berkhidmat demi sukan Powerboat F3000 dengan bersungguh-sungguh, gigih serta sikap yang baik, untuk menyertai program latihan pengenalan Powerboat bila diadakan kelak.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklum balas, sila hantarkan e-mail kepada KelabSukan@PowerboatF3000.com.my |