Bagaimana untuk menyertai Perlumbaan Powerboat F3000

Boleh ke?

Boleh, sekiranya anda betul–betul berminat dan berkemampuan. Anda harus berumur sekurang-kurangnya 16 tahun dan mempunyai ketinggian tidak kurang dari 5 kaki 2 inci.

 

Bagaimana?

Kami menjalankan program latihan pemandu / pelumba diatas permintaan di sebuah tasik sekitar Lembah Kelang. Latihan dijalankan secara perseorangan dan program latihan ini mengambil masa dua hari (biasanya antara Isnin hingga Jumaat) dimana pemandu baru akan diajar teknik-teknik memandu supaya lebih memahami tentang perlumbaan powerboat.

 

Latihan akan meliputi

a)     Dinamik bot, enjin dan kipas (propeller)

b)     Latihan di atas bot F3000 dua tempat duduk disisi jurulatih

c)     Meningkat kepada pemanduan powerboat F3000 seorang diri (solo) dengan
        arahan / tunjuk-ajar melalui alat komunikasi

d)    Teknik memandu, kemahiran berlumba, peraturan dan tatacara.

 

Keselamatan sentiasa diutamakan di dalam semua aspek latihan praktikal.

 

Selepas sesi latihan dua hari yang pertama, penilaian akan dibuat ke atas pelatih bagi menentukan samada sesi latihan tambahan diperlukan atau tidak sebelum pelatih layak untuk menyertai perlumbaan.

 

Kesediaan pelatih untuk menyertai perlumbaan adalah bergantung kepada kecekapannya bagi memastikan bahawa beliau boleh menyertai perlumbaan secara selamat tanpa membahayakan dirinya ataupun pelumba-pelumba yang lain.

 

Adakah saya akan berpeluang untuk menyertai acara perlumbaan powerboat F3000?

Pasti ada, kerana kami di Fernandez Powerboat Racing memiliki sebilangan powerboat F3000 yang mana sekurang-kurangnya dua buah bot sedia disewakan untuk acara perlumbaan, lengkap dengan peralatan sokongan, alat ganti, pekerja sokongan dan kepakaran.

 

Pada kebiasaannya, beberapa acara perlumbaan diadakan setiap tahun di Malaysia dan ini akan memberi peluang kepada pelumba baru untuk mengambil bahagian setelah mencapai tahap kecekapan yang memuaskan.

 

Sila hubungi kami sekiranya anda berminat dan ingin maklumat lebih lanjut.

 

Sertailah dunia perlumbaan Powerboat yang memang BEST!