![]() ![]() Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) bersama Kelab Sukan Powerboat F3000 akan menganjurkan satu siri perlumbaan powerboat kelas F3000 yang digelar Kejohanan KBS F3000 POWERBOAT TOP GUN SERIES bagi tahun 2012. Siri Kejohanan ini terbahagi kepada empat (4) pusingan perlumbaan sepanjang tahun 2012 dengan perlumbaan pertama dijadualkan pada 25-26 Februari 2012 di Putrajaya.
Kelas Powerboat F3000 ini adalah Kelas Powerboat yang diiktiraf oleh Bahagian Pembangunan Sukan KBS serta Persatuan Sukan Air Bermotor Malaysia (PESUAM) sebagai ‘feeder class’ dan menjadi asas bagi pemilihan pasukan 1Malaysia untuk mewakili negara di Kejohanan Powerboat Peringkat Antarabangsa seperti F1 Nations Cup Powerboat Championship Series. Semua pelumba-pelumba yang memiliki Powerboat F3000 adalah dijemput untuk mengambil bahagian dalam Kejohanan ini untuk mengasah serta menampilkan bakat dan kebolehan masing-masing . Seiring dengan objektif Bahagian Pembangunan Sukan KBS dan Kelab Sukan Powerboat F3000, kami mengambil kesempatan ini untuk mengalakkan dan memberi peluang kepada peminat-peminat sukan powerboat terutama golongan belia, warganegara Malaysia yang belum memiliki Powerboat F3000 tetapi ingin menceburi sukan powerboat ini, dengan menawarkan program latihan serta perlumbaan yang mana sebahagian kosnya dibiayai oleh Bahagian Pembangunan Sukan KBS. Mereka yang berminat akan mengikuti program latihan selama dua hari pada 23-24 Februari dan setelah layak akan dibenarkan untuk menyertai perlumbaan dengan Powerboat F3000 yang akan dibekalkan. Setiap peserta hanya perlu membayar antara RM 4 Ribu hingga RM 6 Ribu (bergantung kepada ‘rating’ bot yang dipilih) bagi menjalani program latihan dan perlumbaan selama empat hari ini. Bagi pelumba-pelumba powerboat yang sudah berpengalaman tetapi tidak memiliki Powerboat kelas F3000, mereka boleh juga menyewa bot untuk mengambil bahagian dalam Kojohanan ini. Kami juga mengalu-alukan peserta-peserta dari negara lain untuk bersama-sama memberi saingan pada Kejohanan Powerboat ini. Program latihan dan perlumbaan serta sewaan bot boleh diaturkan pada kadar tanpa subsidi. Mereka yang berminat boleh menghantar emel kepada KelabSukan@PowerboatF3000.com.my atau telefon terus kepada Robert di 012-3956615. Bilangan bot untuk program latihan dan sewaan adalah terhad – bagi yang berminat, jangan terlepas peluang ini …
Aturcara bagi Perlumbaan Pertama adalah seperti berikut :-
25 FEB 2012 (Sabtu) Masa Aktiviti 09:00 pagi Pendaftaran pelumba 10:00 pagi Taklimat keselamatan & pemeriksaan jentera 11:00 pagi Latihan Bebas 02:00 petang Ujian Masa 03:30 petang Perlumbaan Match / Drag Race (satu lawan satu) 05:00 petang Latihan Bebas 06:00 petang Tamat
26 FEB 2012 (Ahad) Masa Aktiviti 09:00 pagi Taklimat keselamatan & pemeriksaan jentera 10:00 pagi Latihan Bebas 11:30 pagi Aktiviti Powerboat 2 tempat duduk 02:45 tghari Ketibaan Orang Kenamaan (VIP) 03:00 petang Perlumbaan Akhir (semua bot) 04:00 petang Upacara pemberian hadiah 04:30 petang Sidang media pemenang dan jamuan teh 06:00 petang Tamat
|
Announcements / News >