Pengenalan kepada Powerboat F3000

Powerboat Formula 3000 Outboard Performance Class (OPC) adalah katamaran bertempat duduk tunggal (single seater catamaran) yang dibina agak sama seperti Powerboat Formula 1 and Formula 2 yang berlumba pada jarak purata 1.5km dalam litar tertutup arah lawan jam.

 

Bot-bot ini dibekalkan dengan kuasa sebuah enjin sangkut 2.5 liter 2 lejang (stroke)dengan bahagian tengah enjin berukuran 12” serta powerhead berkarburetor yang menjanakan kuasa sebanyak 280 HP (kuasa kuda) dan boleh memecut dari 0 – 100 k/j dalam masa 3 saat.

 

Bot bertempat duduk tunggal jenis katamaran yang agak ringan ini (iaitu lebih kurang 400 kilogram) boleh mencapai kelajuan maksimum melebihi 160k/j dengan kebolehan membelok dengan tajam serta pantas yang memberikan daya tekanan melebihi 3 G.

 

Bot ini diperbuat daripada kombinasi bahan-bahan seperti kaca gentian (fibreglass), gentian karbon (carbon fibre), epoksi (epoxy) dan kayu.

 

Seperti kebanyakan kenderaan / bot lumba, bot F3000 ini dibina dengan kapsul keselamatan mandatori yang melingkungi pelumba yang juga memakai tali pinggang keselamatan yang disauk lima penjuru (five point restraining harness).  Bahan-bahan apungan dimasukkan pada tempat-tempat stratejik di dalam bot bagi memastikan bahawa bot ini akan terapung secara tegak sekiranya berlaku kemalangan supaya bahagian kokpit pemandu akan berada diatas permukaan air. Sesetengah bot mempunyai bekalan udara kecemasan untuk menambahbaik ciri-ciri keselamatan. Alat komunikasi radio juga bakal diwajibkan bagi semua pasukan yang mengambil bahagian dalam perlumbaan.

 

Bot lumba kelas Formula 3000 adalah agak serupa dengan Powerboat F1; cuma kuasa enjin dan rekabentuk kaki gear box (gear case) yang berbeza. Enjin F1 dan F2 juga berputar arah lawan jam, jadi kipas enjin (propeller) mereka disebabkan nisbah gear yang kecil, adalah lebih kecil dan berputar dari kiri.

 

Perbezaan diantara bot kelas F1 and F3000 adalah enjin F1 menggunakan sistem EFI yang boleh menjana kuasa sebanyak 350 HP (kuasa kuda). Ia juga menggunakan kaki gear box jenis kecil yang dipanggil SSM (Super Speed Master) yang memberikannya kepantasan yang boleh mencapai sehingga 200 k/j. Kaki gear box bagi Powerboat F3000 adalah jenis sport master atau CLE yang lebih besar saiznya serta mempunyai kelajuan yang lebih rendah berbanding dengan kotak gear jenis SSM dan lebih murah  . Oleh yang demikian, kipas enjin (propeller) yang digunakan juga adalah berbeza. Perbezaan-perbezaan dalam kelengkapan ini adalah supaya bot F3000 boleh dilumba pada kos yang lebih rendah dan semua bot berlumba pada tahap yang sama (level playing field).

 

Disebabkan kelajuan yang begitu tinggi bagi perlumbaan F1, ciri-ciri keselamatan tambahan seperti sistem pengembungan beg udara (airbag inflation system), kotak pengadang rempuh kokpit yang diperkukuhkan (reinforced crash box cockpit) yang bergred lebih tinggi,  pickle fork mudah pecah (collapsible pickle fork) serta berat minimum yang lebih tinggi perlu dikuatkuasakan bagi bot F1.

 

Bot F3000 juga dibina sedikit berbeza daripada bot F1. Bot F3000 ini pendek sedikit tetapi lebih lebar dan mempunyai rekabentuk kerajang udara (aerofoil) yang lebih agresif bagi memberikan daya angkat yang lebih pada kelajuan yang lebih rendah. Dengan kelajuan maksimum kira-kira 160 k/j  bagi kuasa enjin kelas ini, rekabentuk bot yang lebih pendek tetapi lebar ini  membolehkan ia ‘terbang’ dengan lebih cepat. Sebuah powerboat F3000 yang beraksi pada kelajuan maksimum dapat memperlihatkan ketangkasan, kuasa serta perseimbangan yang sungguh mengagumkan.

 

Perlumbaan diadakan di litar tertutup di kawasan air yang agak tenang dan perlumbaan akhir biasanya meliputi dua puluh pusingan  dengan jumlah jarak sejauh 25km.

 

Rekabentuk Powerboat F3000 yang anggun ini memang sentiasa menarik perhatian orang ramai tidak kira samada ketika berlumba, semasa dipamirkan di padok (paddock) ataupun sewaktu ditunda di jalanraya.